Suruhanjaya Siasatan Arah Dr Khairul Pertahan Pendapatnya Mengenai Kecederaan Teoh

Posted: March 1, 2011 in News
Tags:

Source: http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=%2F2011%2F3%2F1%2Fmstar_mahkamah%2F20110301141935&sec=mstar_mahkamah

KUALA LUMPUR: Pakar Perunding Forensik, Dr Khairul Azman Ibrahim diarahkan oleh suruhanjaya siasatan untuk mempertahankan pendapatnya mengenai kecederaan yang dialami oleh pembantu politik, Teoh Beng Hock yang berbeza daripada pendapat pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojasunan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang berkata, bahawa setiap patologi perlu diberikan peluang untuk melindungi reputasi masing-masing.

Perbezaan tersebut melibatkan kecederaan di leher Teoh, di mana menurut Khairul Azman, perkara itu disebabkan impak jatuh dari tempat tinggi.

Bagaimanapun, Dr Pornthip berpendapat kecederaan itu berlaku sebelum kejadian jatuh.

Justeru itu, James memerintahkan supaya Khairul Azman yang berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini untuk meneliti laporan perubatan yang disediakan oleh Pornthip pada masa rehat dan mula memberi pendapat sebaik sahaja mahkamah kembali bersidang pada pukul 2.15 petang.

Pada keterangan lain, Khairul Azman memberitahu, tiada kesan kecederaan pergelutan atau mempertahankan diri ditemui semasa beliau melakukan bedah siasat pada pukul 12 tengah hari, 17 Julai 2009.

Selain itu, beliau juga berpendapat Teoh masih hidup selama beberapa minit selepas jatuh. Ini kerana terdapat gelembung-gelembung udara pada bahagian dada Teoh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s