Semakan kehakiman kes Teoh Beng Hock pada 23 Mei ini

Posted: February 26, 2011 in News
Tags:

Source: http://www.hmetro.com.my/articles/SemakankehakimankesTeohBengHockpada23Meiini/Article

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 23 Mei ini untuk mendengar permohonan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi semakan kehakiman berhubung keputusan terbuka yang dibuat oleh Mahkamah Koroner berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan tarikh itu ekoran satupermohonan oleh pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad.
Peguam Karpal Singh yang mewakili keluarga Teoh pada pagi ini tidak mengemukakan sebarang bantahan selepas Mohtarudin menetapkan tarikh itu.

Di luar mahkamah, Karpal memberitahu pemberita bahawa pendengaran semakan keputusan koroner itu adalah berlainan daripada siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai punca kematian Teoh.
Beliau berkata, sepatutnya siasatan Suruhanjaya Diraja tidak berjalan serentak dengan semakan kehakiman berkenaan.
“Sebab itulah kami tidak mahu terbabit dalam prosiding suruhanjaya ini,” kata Karpal.

Teoh, 30 Setiausaha Politik kepada Exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Palza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. -Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s