IO tak tolak pegawai SPRM mungkin suspek

Posted: November 6, 2010 in News
Tags: , ,

Source: Malaysiakini

Pegawai penyiasat kes kematian setiausaha politik exco negeri Selangor, Teoh Beng Hock memberitahu mahkamah hari ini bahawa beliau tidak boleh menolak kemungkinan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai suspek dalam kes tersebut.

Ini kerana seorang saksi, yang juga pegawai SPRM, telah melihat mereka di tingkat 14 di mana Teoh disoalsiasat sehingga awal pagi 16 Julai tahun lalu, iaitu pada hari yang sama, Teoh ditemui mati.

Menurut ASP Ahmad Nazri Zainal, pegawai SPRM Mohd Nazri Ibrahim dibenarkan pulang selepas merakam kenyataan Teoh pada jam 3.45 pagi.

Beliau berkata, rakaman CCTV menunjukkan saksi meninggalkan bangunan tersebut kira-kira jam 4 pagi, tetapi dilihat oleh seorang lagi pegawai SPRM Raymond Nyion melewati pejabatnya sekitar jam 5 pagi.

Raymond juga ternampak pegawai penyiasat SPRM Mohd Anwar Ismail dan pengarah jabatan Hishamuddin Hashim lalu di situ.

Dalam keterangannya sebelum ini, Anwar berkata dia tidur di bilik solat dari jam 5 pagi hingga 8.30 pagi, manakala Hishamuddin berkata dia nampak Teoh kira-kira jam 5.45 pagi.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam pada 16 Julai 2009, selepas disoalsiasat oleh SPRM di pejabat suruhanjaya itu di tingkat 14 bangunan yang sama.

Selepas 37 saksi dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Koroner Shah Alam, prosiding inkues kematian Teoh berakhir hari ini.

Inkues tersebut bermula Julai tahun lalu. Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan 10 Disember ini untuk memfailkan hujahan bertulis.

Azmil juga menetapkan 17 Disember untuk mendengar hujahan lisan sebelum membuat keputusan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s