Misteri “Nota Bunuh Diri” Beng Hock Belum Terjawab

Posted: October 24, 2010 in News
Tags: ,

Source : TV Selangor

SHAH ALAM, 22 Okt – Mahkamah Inkues hari ini diberitahu bahawa tulisan bahasa Cina dan Melayu yang tertulis di nota yang didakwa ditulis Teoh Beng Hock adalah sama seperti tulisan yang ditemui di buku nota dalam beg mendiang.

Saksi daripda Jabatan Kimia, Wong Kong Yong memberitahu hkamah beliau tidak dapat menyatakan secara konklusif bahawa tulisan bahasa Cina itu menyerupai sampel tulisan di buku nota berkenaan.

Menurutnya, beliau hanya dapat menyatakan bahawa tulisan tersebut kemungkinan ditulis oleh individu yang sama.

“Tulisan dalam Bahasa Malaysia di nota berkenaan adalah sama dari segi karektoristik kepada tulisan Bahasa Malaysia di buku nota…Tulisan ini adalah hasil dari individu yang sama,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan kepada mahkamah Inkues menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang ditemui mati di bumbung tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Seksyen 9 Shah Alam, 16 Julai 2009 lalu.

Wong, yang meneliti nota yang didakwa ditulis oleh Beng Hock sebagai ‘pesanan terakhirnya’ seterusnya memberitahu mahkamah kebanyakan sampel tulisan Beng Hock yang diambil beliau sebagai contoh diperolehi daripada beg yang ditemui di pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan yang sama.

Menurutnya, tandatangan pendek (initial) yang tertera di nota tersebut adalah menyerupai tandangan pendek yang sama di kenyataan 10 ukasurat Beng Hock kepada SPRM.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan kepastian yang sama terhadap tulisan bahasa Cina dan hanya boleh mengagak bahwa ia datang dari penulis yang sama.

Hakim mahkamah inkues Azmil Muntapha Abas kemudiannya menyatakan blu perhatikan bahawa berikutan keterangan yang diberkan oleh Wong, misteri siapa yan menulis nota tersebut masih belum dapat dihuraikankan lagi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s