Pornthip kekal penemuan awal Teoh mati bukan kerana bunuh diri

Posted: August 19, 2010 in Uncategorized

SHAH ALAM, 18 Ogos — Pakar forensik Dr Pornthip Rojanasunand kekal dengan pendirian awal bahawa beliau pasti yang kematian Teoh Beng Hock bukan kerana tindakan membunuh diri.

“Saya masih kekal dengan penemuan saya mengenai kecederaan-kecederaan awal (ke atas Teoh).

“Saya tidak boleh mengesahkan yang dia (masih) sedar ketika jatuh (dari bangunan tinggi),” kata beliau.

Ia merupakan sambungan kepada keterangan yang diberikannya hujung tahun lepas, yang tidak dapat diteruskannya ketika itu apabila beliau tidak hadir di Mahkamah Koroner, dikatakan ekoran terdapat ancaman terhadap keselamatan dirinya.

Pornthip (gambar) tiba di Mahkamah Koroner di sini pada pukul 8.50 pagi bersama-sama peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, dan peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi kerajaan Selangor.

Dalam keterangannya tahun lepas Pornthip menyuarakan pendapat terdapat 80 peratus kemungkinan bahawa Teoh mati akibat dicekik dan didera, dan mahkamah kemudiannya membenarkan mayat lelaki itu dibedah siasat kali kedua oleh Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Nor, pada 22 November lepas.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Hari ini, Dr Pornthip yang berhadapan dengan siri soalan daripada peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa mengenai kelayakan dan kredibiliti keterangannya sebagai seorang saksi pakar berkata: “Anda kena faham, saya bekerja demi hak si mati, bukan kerajaan Selangor.”

Jawapan beliau itu menerima tepukan daripada mereka di galeri awam.

Kemudian, berhubung soalan Abdul Razak yang mencadangkan bahawa Dr Pornthip menyerang SPRM menerusi keterangannya, pakar itu memberitahu mahkamah bahawa universitinya adalah antara lima teratas di Asia.

Selepas memberitahu Abdul Razak bahawa beliau bertindak demi hak si mati, Dr Pornthip menambah, “objektif saya adalah membantu si mati.”

Beliau yang memberikan keterangan pada inkues kematian Teoh di sini hari ini, berkata bedah siasat itu juga tidak menunjukkan bahawa Teoh dipukul atau diseksa sebelum mangsa itu ditemui mati.

“Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa,” tegas beliau.

Disoal oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar yang bertindak untuk kerajaan Selangor sama ada beliau masih mengekalkan keterangan sebelum ini bahawa 80 peratus adalah dibunuh dan 20 peratus bunuh diri, katanya penemuan keduanya adalah agak sukar untuk membuat keputusan seperti itu.

Bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa Teoh masih sedar diri sebelum terjatuh, dan tidak bersetuju dengan pandangan pakar forensik Britain Dr Peter Vanezis bahawa beliau tidak sedar diri.

Dr Pornthip sepatutnya memberikan keterangannya pada akhir tahun lepas tetapi tidak hadir ekoran laporan ancaman terhadap keselamatan beliau.

Dalam keterangan beliau sebelum ini pada 21 Oktober tahun lepas, Dr Pornthip mengatakan bahawa hasil bedah siasat itu menunjukkan 80 peratus keberangkalian kematian Teoh adalah dibunuh dan 20 peratus membunuh diri.

Keterangan Dr Pornthip menyebabkan mayat Teoh terpaksa digali keluar untuk bedah siasat kali kedua.

Dr Vanezis, yang memberikan keterangan untuk SPRM berkata Teoh sedar sepenuhnya ketika beliau jatuh dan tidak ada bukti yang menunjukkan setiausaha politik itu dicekik sebelum jatuh.

Ketika disoal oleh Malik, Dr Pornthip berkata beliau tidak menyentuh mayat Teoh semasa bedah siasat tetapi meminta bantuan Dr Shahidan untuk menjalankan pemeriksaan di bahagian dubur, yang menunjukkan kecederaan di bahagian itu yang disebabkan oleh okjek tajam seperti yang beliau nyatakan dalam keterangan awalnya.

Menjelaskan hasil pemeriksaan itu, beliau berkata bengkak di leher dan darah dari tempat bengkak masuk sehingga ke otot bawah kulit.

Beliau berkata kecederaan itu mungkin disebabkan satu objek tajam dan membolehkan dicekik atau dipukul dengan objek yang tajam dan keras.

Dr Pornthip juga berkata bahawa “kecederaan di bahagian dubur tidak dapat diperiksa disebabkan proses bedah siasat sebelum ini telah diputarbelirkan dan kereputan di bahagian itu”.

Beliau berkata sakrum terdedah di bahagian posterior punggung dan ada keretakan teruk di bahagian bawah sakrum, yang menyebabkan pemisahan di akhir distal.

Menjawab soalan Malik, beliau tidak bersetuju dengan keterangan Dr Vanezis bahawa tidak ada pemampatan di leher yang begitu lama, yang menujukkan satu percubaan untuk mencekik Teoh sebelum beliau mati.

Katanya kecederaan di leher itu didapati sebelum mangsa jatuh.

“Pada pandangan saya, ia bukan perbuatan mencekik secara manual, saya fikir ia lebih besar daripada itu, yang boleh menyebabkan penggunaan lebih banyak kekuatan atau lebih banyak tekanan di bahagian leher,” menurut Dr Pornthip.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kecederaan itu disebabkan satu objek tajam, kerana gambar yang diambil di tempat kejadian tidak menunjukkan mangsa mungkin dipukul dengan sebarang objek lain semasa jatuh.

Dr Pornthip juga tidak bersetuju dengan Dr Vanezis bahawa calar di keliling leher Teoh mungkin disebabkan semasa autopsi.

“Tidak ada pendarahan selepas kematian dan anda perlukan tekanan darah yang boleh menyebabkan perdarahan yang begitu teruk,” tambah beliau.

Sama ada Teoh sedar sebelum beliau terjatuh di tanah, katanya beliau tidak sedar diri berdasarkan banyak keretakan di kedua-dua kaki, tulang belakang dan tengkorak.

Beliau juga mempertikaikan pandangan Dr Vanezis bahawa ketika Teoh jatuh, tanganya didapati di bawah badan yang menunjukkan cuba menahan daripada jatuh menggunakan tangannya kerana tidak ada kecederaan teruk didapati pada kedua-dua pergelangan tangan.

Ketika disoal oleh peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh, adalah penting untuk polis menjalankan pemeriksaan forensik ekoran ada nota yang didakwa dijumpai dalam beg sandang Teoh, yang mungkin boleh membantu pakar forensik untuk mendapatkan keputusan, beliau bersetuju.

Mengenai penjelasan yang diminta timbalan pendakwa raya Datuk Abdul Razak Musa, yang bertindak untuk SPRM, sama ada beliau melawat tempat kejadian dan melakukan autopsi, Dr Pornthip berkata beliau hanya dibenarkan meneliti bedah siasat dan tidak ada peluang untuk melawat lokasi kejadian.

“Peranan saya di sini untuk membantu koroner dengan apa sahaja pandangan yang berdasarkan pada penemuan saintifik dan pengalaman saya dalam mengendalikan kes forensik di Thailand,” kata Dr Pornthip yang bersetuju dengan cadangan Razak bahawa beliau tidak pernah memberikan keterangan di luar Thailand.

Dr Pornthip tidak bersetuju dengan Razak bahawa oleh kerana beliau di sini atas kerajaan Selangor, beliau bersikap pilih kasih dalam memberikan keputusan bahawa kematian Teoh disebabkan dibunuh adalah 80 peratus dan 20 peratus kerana bunuh diri.

Razak: Anda tidak dapat memberikan pandangan hanya atas spekulasi atau andaian?

Dr Pornthip: Saya tidak setuju dengan anda. Kita boleh rangka pandangan kita berdasarkan pengalaman kita dalam kes forensik lain.

Razak: Kenapa laporan kedua autopsi hanya dalam sekeping kertas dan kurang butir-butir?

Dr Pornthip: Ia bukan laporan bedah siasat, yang memerlukan laporan yang terperinci.

Razak: Adakah anda kekalkan apa yang dipanggil formula matematik 80-20, di mana dalam keterangan anda pada 21 Oktober tahun lepas bahawa kematian Teoh disebabkan lebih pada dibunuh?

Dr Pornthip: Dengan segala yang terhad yang ada pada saya, saya tidak mahu mengakui dengan peratus tetapi saya lebih mengekalkan ke arah dibunuh.

Razak: Kenapa anda mempunyai pandangan berlainan mengenai punca kematian Teoh, di mana Dr Vanezis dan tiga doktor lain berkongsi pandangan yang sama bahawa mangsa itu mati akibat jatuh?

Dr Pornthip: Anda sepatutnya menghormati pandangan saya dan saya berhak pada pandangan saya.

Razak: Anda nampaknya tukar-tukar pendirian dengan cuba membetulkan di mana penemuan awal anda berdasarkan anggapan dan bayangan.

Malik: Yang arif, beliau sepatutnya berhenti daripada membuat serangan peribadi di sini. Beliau sepatutnya menumpukan ke arah apa yang sebenarnya beliau mahukan daripada saksi itu.

Dr Pornthip: Saya tidak setuju dengan anda.

Razak: Anda tidak ada saksi orang ramai atau keterangan lain untuk menyokong keputusan anda.

Dr Pornthip: Tidak setuju. Keputusan saya berdasarkan sejarah kes ini dan keterangan forensik lain yang diperoleh daripada kedua-dua bedah siasat itu dan pengalaman saya dalam bidang ini.

Ketika disoal oleh peguam kerajaan yang dilantik Tan Hock Chuan, yang membantu Koroner Azmil Muntapha Abas, Dr Pornthip tidak menyangkal kemungkinan kecederaan pada dubur Teoh disebabkan objek tumpul.

Semasa keterangan awal pada 21 Oktober tahun lepas, beliau menyatakan ada kemungkinan kecederaan itu boleh dsebabkan sebuah objek.

Azmil menetapkan 1 September untuk menyambung semula inkues tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s