Pornthip setuju ke Malaysia beri keterangan

Posted: April 14, 2010 in News

Malaysiakini
Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berkata beliau sanggup memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock jika ada jaminan keselamatannya daripada kerajaan Malaysia.

“Saya sanggup datang jika ada jaminan rasmi daripada kerajaan Malaysia dan Pejabat Peguam Negara berhubung keselamatan dan juga kebebasan saya dalam melaksanakan tugas profesional sebagai seorang saksi bebas dalam kes Teoh,” katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Ahad lalu, Pornthip mendedahkan beliau terpaksa menarik diri daripada menghadiri perbicaraan inkues itu kerana mendakwa terdapat ‘ganguan politik’ daripada kerajaan Malaysia.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat daripada pegawai kerajaan Thailand bahawa rakan sejawatan mereka memberikan “isyarat” kepada kementerian luar Thailand bahawa kedatangan Pornthip tidak dialu-alukan di Malaysia.

Pornthip memberitahu beliau telah “dinasihatkan” oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand – tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat – supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Pakar patologi berusia 54 tahun itu berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima “isyarat” dari kerajaan Malaysia melalui “saluran tidak rasmi” bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Pornthip dijadualkan memberi keterangannya pada 20 April ini dan dijangka akan disoal mengenai pengamatannya terhadap bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas mayat mendiang Teoh.

Dia menerima pelawaan kerajaan Selangor bagi membantu menentukan punca kematian Teoh berdasarkan pro bono, iaitu perkhidmatan kerajaan kepada kerajaan tanpa sebarang bayaran.

Menurut beliau kebimbangan mengenai keselamatannya bermula apabila pada November tahun lalu ketika terbabit dalam bedah siasat kedua, Pornthip diekori oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Tindakan itu memberi tekanan kepadanya dan kebimbangannya memuncak pada Januari lalu apabila dua laporan polis dibuat ke atasnya berdasarkan tuduhan dia membocorkan keputusan bedah siasat kedua itu.

“Saya menerima jemputan kerajaan Selangor sebagai pakar sukarelawan yang bebas kerana saya anggap ini adalah kes di mana seorang insan telah menderita. Bagaimanapun apa yang saya lalui ketika melaksanakan tugas itu di Malaysia, menjadikan saya kurang selesa,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s