Nazri nafi ada ‘tekanan’ ke atas Pornthip

Posted: April 12, 2010 in News

Malaysiakini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan pakar patologi terkemuka Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand bahawa beliau menerima ”tekanan politik” daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues Teoh Beng Hock.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar, Nazri berkata, pakar tersebut hendaklah menamakan pihak yang didakwa memberi tekanan terhadap beliau kerana kerajaan tidak akan dapat mengambil tindakan sekiranya tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan berkenaan.

“Beritahu saya siapa? Datuk Seri Nazri atau orang lain? Kita nak tahulah, kalau tak tahu mana mungkin boleh bantu dia. Siapa juga boleh cakap ‘saya dipaksa’. Tapi siapa yang paksa, kita nak tahu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Dr. Pornthip yang mengatakan beliau tidak akan hadir memberi keterangan inkues Teoh Beng Hock yang akan bersambung 20 April ini kerana menerima ”tekanan politik” dari kerajaan Malaysia.

Nazri turut menafikan dakwaan bahawa pakar tersebut juga telah tidak dibenarkan masuk ke Malaysia pada awal tahun ini, kerana menurutnya tiada sebab kerajaan tidak membenarkan pakar itu memasuki negara buat kali kedua memandangkan beliau telah berbuat demikian sebelum ini.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s