Kes Teoh: Pegawai SPRM didakwa hina mahkamah

Posted: January 5, 2010 in News

Malaysiakini
Keluarga Teoh Beng Hock hari ini memfailkan permohonan untuk mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Raub Ghani, sebagai menghina mahkamah kerana membuat laporan polis terhadap pakar patologi Dr Pornthip Rojasunand.

Permohonan itu difailkan oleh peguam mereka, Gobind Singh Deo di Mahkamah Majistret Shah Alam petang ini.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Gobind menggesa peguam negara supaya menyokong permohonan yang dibuat terhadap pegawai SPRM berkenaan

“Kita juga tidak mahu isu-isu lain timbul yang melambatkan inkues punca kematian Teoh,” katanya. Inkues tersebut akan disebut pada 7 Januari untuk satu tarikh baru.

Turut hadir ialah peguam Karpal Singh yang berkata laporan polis yang dibuat oleh Raub terhadap Dr Pornthip adalah satu ugutan jenayah terhadap saksi tersebut.

“Mahkamah mesti menghukumnya kerana menghina inkues tersebut,” tambahnya.

Dalam laporannya, kata Karpal, Raub mendakwa Pornthip telah membocorkan butiran laporan bedah siasat kedua.

Beliau juga menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengambil tindakan terhadap pegawai SPRM itu kerana melakukan ugutan jenayah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s