Ahli suruhanjaya diraja tunggu perkenan Agong

Posted: January 12, 2011 in News

Source: http://www.malaysiakini.com/news/153235

Senarai ahli suruhanjaya diraja yang ditubuhkan untuk mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes kematian Teoh Beng Hock, akan diumumkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

NONEPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu masih dalam proses dan kerajaan sedang meneliti nama-nama berkenaan sebelum dikemukakan kepada Seri Paduka Baginda.

“(Bagaimanapun), saya tak dapat menghadap kerana Yang di-Pertuan Agong berada di luar negara,” katanya di Seri Perdana hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki bulan lalu.

NONEMinggu lalu, beliau mengumumkan penubuhan satu suruhanjaya diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses siasatan terhadap Teoh, pembantu seorang ahli exco kerajaan negeri Selangor yang ditemui mati terjatuh dari bangunan SPRM Selangor selepas disoal siasat oleh suruhanjaya itu tahun lalu.

Najib berkata, Suruhanjaya Diraja itu akan diwujudkan dengan terma-terma khusus yang akan ditetapkan dan pihak kerajaan akan melantik ahli-ahli suruhanjaya daripada kalangan mereka yang terbilang dan dihormati.

- Bernama

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s